Sunday, March 17, 2013

Saluran Komunikasi Jujur UniMAP

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia, UniMAP di hati

Blog ini diwujudkan sebagai wadah di mana perbincangan yang jujur boleh diadakan antara warga UniMAP, khususnya antara para pelajar, alumni, dan staf.

Sekiranya ada yang hendak ditanya atau sekiranya terdapat kemusykilan, sila gunakan saluran ini. Insyaa Allah, pihak pengurusan UniMAP akan cuba menjawab sebaik mungkin.

Begitu juga, sekiranya ada komen atau cadangan, semua itu dialu-alukan.

Cuma, silalah gunakan adab dan tatatertib yang baik semasa berkomunikasi, agar 'communique' ini tidak mendatangkan sebarang bentuk mudarat dan fitnah.

Hasrat asal 'communique' ini adalah untuk menjadi platform di mana apa jua ketidak-jelasan atau salah-faham dapat dirungkaikan dengan sebaik mungkin.