Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia, UniMAP di
hati
Blog ini diwujudkan sebagai wadah di mana perbincangan yang jujur
boleh diadakan antara warga UniMAP, khususnya antara para pelajar, alumni, dan
staf.
Sekiranya ada yang hendak ditanya atau sekiranya terdapat
kemusykilan, sila gunakan saluran ini. Insyaa Allah, pihak pengurusan UniMAP
akan cuba menjawab sebaik mungkin.
Begitu juga, sekiranya ada komen atau
cadangan, semua itu dialu-alukan.
Cuma, silalah gunakan adab dan
tatatertib yang baik semasa berkomunikasi, agar 'communique' ini tidak
mendatangkan sebarang bentuk mudarat dan fitnah.
Hasrat asal 'communique'
ini adalah untuk menjadi platform di mana apa jua ketidak-jelasan atau
salah-faham dapat dirungkaikan dengan sebaik mungkin.